Saturday, April 11, 2015

Ukiran kayu klasik



Pengenalan 
Seni ukiran kayu adalah seni kraf tangan yang telah lama wujud di kalangan masyarakat di Kepulauan Nusantara. Seni ukiran yang dipersembahkan melalui bahan kayu ini sama seperti seni ukiran yang lain cuma berbeda dari segi cara dan teknik pengukirannya. Seni ini begitu berkembang luas di Malaysia dan Indonesia, kedua-dua buah negara ini merupakan negara yang mempunyai hasil kayu-kayan yang banyak di mana terdapat kira-kira 3000 spesis kayu-kayan. Di samping itu juga, kayu adalah bahan alam yang sangat sesuai untuk diukir dan boleh diberbagaikan kegunaannya. Sejarah Ukiran Kayu Tradisional
Ukiran merupakan hasil seni rupa tradisi yang terulung.  Dalam  Nusantara sejarah seni ukir terdapat catatan-catatan sejarah di mana dahulu memainkan peranan penting dalam memperkembang dan menghidupkan suasana seni ukiran. Hingga kini peninggalan istana-istana lama memperlihatkan betapa indah dan uniknya ukiran-ukiran yang diterapkan pada istana-istana tersebut. dikatakan seni ukiran ini telah ada sejak lebih 600 tahun dahulu. Pada ketika itu, orang-orang Melayu di nusantara sudah memberi perhatian yang istimewa terhadap seni ukiran pada bangunan seperti istana dan rumah kediaman. Raja-raja Melayu.Teknik dan Gaya
Ukiran kayu dapat dilaksanakan dengan berbagai-bagai teknik dan penggunaan satu-satu teknik itu banyak bergantung pada kebolehan dan kemahiran tukang kayu. Tiga teknik utama dan gaya di dalam seni ukiran Melayu ialah tebuk terus, tebuk separuh dan tebuk timbul. Bentuk ukiran juga ada tiga jenis utama iaitu bujang, lengkap dan pemidang.
Bentuk Bujang
Bentuk ini berdiri terasing, bebas, dan tidak terikat, berkait atau bersambung-sambung. Biasanya bentuk ini menampilkan motif bulan, bintang, matahari, kuntum bunga ataupun putik buah.
Bentuk Pemidang
Bentuk ini menampilkan motif yang menggambarkan pergerakan sederhana dan tidak berbelit-belit. Bentuk ini mempunyai bingkai atau pemidang.
Ukiran patung kayu
Ukiran-ukiran yang dibuat dalam bentuk ini diberi nama-nama yang menarik seperti itik pulang petang, badak mudik, setampuk manggis dan lain-lain. Biasanya Bentuk pemidang digunakan untuk jala-jala rumah serta benda-benda yang terdapat di dalam rumah seperti tepak sirih, almari dan dulang kayu.
Bentuk Lengkap
Bentuk ini menggabungkan ciri-ciri bentuk bujang dan bentuk pemidang. Bentuk ini menitikberatkan unsur tumbuh-tumbuhan, merangkumi akar, batang, buah, dahan, daun, putik dan sulurnya.

No comments:

Post a Comment

seo | webmaster